YES...Cuba korang try speed korang menaip di sini
38 perkataan
[+/-] |
Try test speed anda menaip... |
[+/-] |
LIVE...From Makkah and Madinah |
Korang biasa dengar kan azan di Makkah dan Madinah dalam TV?? Sungguh syahdu azannya. Tapi yang tu sudah ditapis supaya kesan bunyinya menarik. Kat sini aku nak bagi azan Makkah dan Madinah yang asal, yang aku record dengan kamera masa pergi umrah tahun lepas. Soryla kalau gambarnya nampak macam ke bawah je, sebab aku bimbang polis masjid nampak. Nanti tak pasal-pasal kamera aku kena rampas.
Yang pertama ni azan Live dari Makkah
Yang ni plak azan LIVE dari Madinah
Ni yang last, aku nak bagi bonus la sikit. Kita biasa dengar Syeikh Abdul Rahman As-Sudais baca dalam kaset dan radio. Ni aku nak beri video bacaan Syeikh ABdul Rahman As-Sudais LIVE dari Makkah. Aku ambik masa solat Maghrib. Aku record sebagai video, tapi kamera tu aku letak atas lantai masjid dan tutup dengan beg bimbit, sebabtu gambarnya gelap. Masa tu, aku solat di bahagian tengah yang tak beratap. Hayati bacaannya.
[+/-] |
Madinah terbaru |
Semasa aku pergi umrah tahun lepas, di luar masjid, banyak tiang-tiang yang pada asalnya adalah lampu, akan ditukarkan kepada payung automatik seperti dalam masjid. Gambar di bawah ni adalah semasa aku pergi umrah. Yang aku tanda anak panah warna merah tu adalah tiang lampu yang akan ditukarkan kepada tiang payung. Kalau nak tengok lebih besar, klik pada gambar tersebut.
[+/-] |
Siapa Kamal Attarturk Laknatullah?? |
Ideologi Kamal Attarturk Laknatullah
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.
Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Kematian Kamal Attarturk yang menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Renung dan fikirkanlah!
[+/-] |
Tupai nyanyi 'Anak Tupai' |
Ni lagu anak tupai versi tupai Chipmunk.. Best...
[+/-] |
Hari terakhir |
Hari ni, Jumaat 12 Jun 2009, hari terakhir aku kerja di MU Cyber Cafe. Aku nak ucapkan terima kasih pada bos, Mr. Wah kerana ambik aku kerja di sini tanpa interview pun. Masa aku datang mintak kerja dulu, dia just tanya belajar mana. Aku jawab belajar di UIA. Dia terus kata, isi borang ni dan esok start kerja. Terima kasih jugak kepada Miss Fwa kerana banyak ajar aku urus kaunter CC ni dan kawan-kawan aku yang sama-sama jadi cashier kaunter CC ni iaitu Firdaus, Kah Siang dan Gordon Leong.
Firdaus ni student Kolej Aswara. Dia satu-satunya Melayu yang kerja sini sebelum aku kerja. Lepas aku habis ni, tinggal dia sorang pulak la Melayu.
Kah Siang ni yang ajar aku cara-cara untuk urus PC kemasukan pelanggan. Kalau orang nak masuk camne, orang nak keluar klik apa, Kalau orang nak tukar PC wat camne, kalau orang nak beli air tin, air kotak , air mineral atau maggi camne, kena klik apa, semua dia ajar.
Sorang lagi Gordon Leong, dia ni akan ganti aku lepas aku keluar nanti. Dia ni graduan UTP bahagian Mekanikal Petroleum dan Gas, tapi tak dapat kerja di Petronas sebab pointer tak cukup yang Petronas nak. So, dia kerja di CC ni, gantikan aku nanti. Dia ni cukup peramah, Bahasa Melayu dia tak pelat langsung..Mungkin selalu bergaul dengan budak Melayu di UTP.
Ada lagi sorang yang aku cukup rapat sepanjang kerja di CC ni, iaitu Pak Guard, Uncle Maniam. Dia seorang India. Kalau aku kerja malam, dalam pukul 3-5 pagi, masa pelanggan tak ramai, aku akan keluar dari kaunter, borak-borak dengan Uncle Maniam ni. Macam-macam dia cerita kat aku. Tapi, malam tadi la yang paling best aku pernah borak dengan dia. Aku terjemahkan ke dalam dialog di bawah...
Aku: Uncle, saya mau duduk sini sekejap yer, boleh?? Boring la di dalam tu
Uncle: Boleh...boleh..
Aku: Uncle, uncle ni India Hindu ke Kristian??
Uncle: Mestila Hindu..Tak ramai India Kristian di Malaysia ni. India yang convert Kristian ni tak baik. Dia tak patuh Tuhan.
Aku: Itu, di Batu Caves, untuk Hindu kan??
Uncle: Ya..Ya..Yaa...Batu Caves tu tempat Hindu
Aku: Uncle pernah sampai kat puncak Batu Caves??
Uncle: Pernah...Uncle panjat tangga yang tinggi tu, sampai atas
Aku: Ada apa dalam tu, Uncle??
Uncle: Ada Tuhan kami je, nama dia Murugan.. Kamu nak tahu, pernah dulu ada 2 orang Mat Salleh, masuk gua Batu Caves tu, terus ke dalam, ada sungai, jalan-jalan kecil...Dan akhirnya keluar kat Siam..
Aku: Woww...Betul ke?? Macam mana boleh sampai Siam??
Uncle: Dalam gua tu ada jalan-jalan kecik, ada anak sungai, macam jalan bawah tanah..Kalau kita ikut susur dia sampai ke Siam.
Aku: Oooo...Saya baru tahu ni...Haa, uncle. Patung besar depan Batu Caves nama apa??
Uncle: Nama dia Murugan jugak, Sebab Batu Caves tu Murugan yang buka.
Aku: Betul ke Uncle, orang kata patung tu Ananda Krishna yang buat?? Bos Maxis tu??
Uncle: Yess...Dia la yang sumbangkan duit buat patung tu.
Aku: Oooo...OK (dalam hati aku: nasib baiklah aku tak pakai Maxis)
Uncle: Uncle pernah pergi India, lagi besar patung-patung di sana.
Aku: Uncle pergi buat apa kat India??
Uncle: Uncle pergi Sungai Ganges. Ramai kat sana. Orang nak cuci dosa. Kena cukur semua. Uncle cukur semua la, misai, rambut...(Uncle Maniam ni misai lebat dan panjang)
Aku: Ooo...Kiranya berendam dalam Sungai Ganges tu, dapat hapus dosa la yer??
Uncle: Yes..Kalau orang Islam pergi Mekah la. Orang India pergi Sungai Ganges. Uncle ni kiranya dah Haji la.
Aku: (ketawa)..Kiranya Uncle ni 'Haji' Maniam la??? (ketawa)
Uncle: (ketawa) Insha Allah..Uncle harap Allah Ta'ala terima haji Uncle ni...(ketawa)
Aku: Haa Uncle, mau tanya, yang cucuk masa Thaipusam tu apa?? Kenapa dia cucuk badan?? Tak sakit ke??
Uncle: Dia orang buat macam tu sebab mau minta hajat yang besar daripada Tuhan. Contohnya macam ada sorang nak ibunya sembuhnya dari penyakit. Dia tak ada ikhtiar lain dah, itu sahaja caranya. Dia ni macam kita korbankan sikit diri kita pada Tuhan, dengan pengorbanan tu, Tuhan akan makbulkan permintaan kita. Itu pasal la dia orang buat macam tu.
Aku: Tak sakit ke Uncle cucuk-cucuk tu??
Uncle: Tak sakit, sebab dia orang sudah sedia sebulan. Kalau nak cucuk-cucuk, kiat orang kena puasa selama sebulan, hanya boleh minum susu dan makan pisang dan putu. Pastu, tak boleh bersama perempuan walaupun dah kahwin dan tak boleh tidur atas tilam dan bantal, kena tidur atas lantai sahaja. Lepas sebulan buat tu semua baru boleh cucuk. Baru tak sakit. Lagi banyak dia cucuk, lagi banyak permintaan Tuhan akan makbulkan.
Aku: Oooo..gitu. Baru saya tahu apa pasal dia buat begitu. Uncle pernah cucuk??
Uncle: Pernah...Kat lidah jer (Sambil dia jelir dan tunjukkan tempat dicucuk)
Aku: So, Uncle dapat ke hajat Uncle tu??
Uncle: Ehhhh...Dapat la.. Sebab tu Uncle sanggup buat.
Aku: (ketawa jer).... Ok la Uncle. Saya masuk dulu. Ada orang...
Itulah cerita yang best. Sepanjang aku kenal Uncle Maniam ni, masa bercakap dengan aku, selalu dia sebut Allah, Insha Allah dan Alhamdulillah.
Masa jam aku hilang, aku cerita kat dia. Dia sebut, "Allah, kesian kamu" sambil tangan diletak atas kepala.
Ada sekali tu, aku tanya dia, balik pukul 8 pasni, Uncle nak buat apa. Dia jawab "Insha Allah nak pergi hantar cucu kat tadika, lepas tu makan, mandi, tidur"
AKu datang kerja dalam pukul 11.45, dia sudah ada, sebab dia start kerja pukul 8 malam lagi. Sampai jer kat pintu CC, dia tanya aku "How are you??" Aku jawab "Fine ajer..Uncle??" dia jawab "Alhamdulillah, Uncle sihat saja" Terkejut gak aku dia jawab gitu.
Ermmm...OK la, itulah sedikit pengalaman aku sepanjang aku kerja di CC ni selama sebulan seminggu. Harap perkongsian ini ada manfaat untuk korang semua. TQ
[+/-] |
Pagi yang sedih |
3 hari lepas, aku kerja malam di MU Cyber Cafe, Melati Utama. Dalam pukul 6 pagi, aku ke bilik air di bahagian belakang CC untuk ambil wudhuk, nak solat Subuh. Aku ambil wudhuk seperti biasa, Pastu solat kat kaunter tempat aku kerja. Aku lock dulu skrin komputer untuk daftar penggunaan PC. Lepas solat, aku aku teruskan kerja macam biasa.
Dalam pukul 7.45, aku siap-siap nak balik sebab shift aku habis pukul 8 pagi. Aku cari jam tangan aku, tapi tak jumpa. Aku dah mula rasa bimbang. Mana pergi jam tangan aku ni. Aku baru teringat, aku tertinggal atas sink masa ambil wudhuk tadi. Aku terus ke bilik air. Malangnya, jam aku sudah tiada, mungkin diambil orang. Sedih sungguh aku. Aku sayang sangat jam tu. Aku beli jam tangan tu masa aku pergi Umrah tahun lepas. Aku beli di Mekah, kedai kat bawah hotel tempat aku duduk. Jam tangan jenama CASIO yang original. Harga kat Mekah 120 Riyal. Aku tengok kat KL ni, harga dia dalam RM200 lebih. Sedih sangat aku rasa. Bila aku check tarikh, jam tu hilang setahun selepas aku beli. Umur dia cukup setahun. Aku pergi Umrah tahun lepas dalam awal bulan Jun 2008, jam aku hilang awal bulan Jun 2009. Tapi takpelah, nak wat macam mana, tak ada rezeki.
[+/-] |
Artis duo terkenal tanah air |
Saksikan video klip terhebat masa kini. Telah memenangi pelbagai anugerah sama ada di luar negara mahupun dalam negara. Zasss.......Layan...
[+/-] |
Raksaksa menyerang Terengganu |
Aku petik gambar berikut ni dari satu blog iaitu hanif blogspot. Lawak sungguh dia edit. Habis dah kita di Malaysia ni, terutama di Terengganu, ada raksaksa datang serang... Nasib baik la atromen ada..
Masuk Utusan Malaysia
Ni masa Atromen lawan raksaksa tu. Alhamduliallah Atromen menang, tapi stadium runtuh separuh dah. Tak dapat diselamatkan.
Untuk berterima kasih kepada Atromen, meh kita layan lagu Atromen. Best sangat lagu ni. Aku suka dengar. Korang dengarla sampai habis. Kalau boleh hafal, kita hafal. Hehehe...
[+/-] |
Jom Tuntut Ilmu Online |
Di sini aku nak recommend beberapa website untuk kita menuntut ilmu agama secara online:
1. http://www.ustazazhar.com
2. http://www.zaharuddin.net
Mungkin ada lagi, tapi aku suka buka yang ni. Macam -macam ilmu kita boleh dapat melalui kedua-dua website ini. Harap korang dapat manfaatkannya.
[+/-] |
Foto Umrah |
Di sini aku sediakan semua koleksi gambar aku semasa aku pergi umrah bulan 5 tahun lepas. Layan...
Soryla kalau ada kesilapan ejaan...Aku tak sempat nak check satu2..Banyak sangat..Tu pun aku x bubuh semua lagi...
[+/-] |
Azab Allah di Padang Mahsyar...Belum lagi di neraka |
BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia
BERWAJAH BABI
Suka memberi & menerima rasuah
BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.
TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.
BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along atau ceti
TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti atau menyusahkan jiran sekeliling
WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina
MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim
KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak atau segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.
[+/-] |
Allah bersama Umat Islam Palestin |
Aku petik daripada sebuah blog.
Buat pedoman kita...yakinlah sesungguhnya Allah sentiasa bersama mujahid palestin..
Jangan terikut-ikut kata2 orang munafik yg mereka berpecah & lain2 fitnah.
yang berpecah adalah manusia2 hipokrit bertopengkan pejuang.
Allah-hu-akbar. ...
Keajaiban di peperangan Gaza
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun
lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .
[+/-] |
LAUNCHED NOW |
Sekarang aku lancarkan website perniagaan pertama aku, www.jusmanggis2u.com. Mungkin tak berapa lawa la. Alhamdulillah, setakat ni dah ada seorang yang beli. Seorang lawyer dari Kota Bharu. Aku pos kepada dia. Sekarang aku tengah siapkan website yang kedua. Insya Allah namanya nanti www.sediakahwin.com yang mana dalam tu aku jual kad kahwin. Tapi kad kahwin tu bukan aku yang buat, aku just jadi agen pada satu syarikat. Dia bagi 50% jika aku jual kad kahwin dia. Banyak design. Nantikannya...