Hari terakhir

| |

Hari ni, Jumaat 12 Jun 2009, hari terakhir aku kerja di MU Cyber Cafe. Aku nak ucapkan terima kasih pada bos, Mr. Wah kerana ambik aku kerja di sini tanpa interview pun. Masa aku datang mintak kerja dulu, dia just tanya belajar mana. Aku jawab belajar di UIA. Dia terus kata, isi borang ni dan esok start kerja. Terima kasih jugak kepada Miss Fwa kerana banyak ajar aku urus kaunter CC ni dan kawan-kawan aku yang sama-sama jadi cashier kaunter CC ni iaitu Firdaus, Kah Siang dan Gordon Leong.

Firdaus ni student Kolej Aswara. Dia satu-satunya Melayu yang kerja sini sebelum aku kerja. Lepas aku habis ni, tinggal dia sorang pulak la Melayu.

Kah Siang ni yang ajar aku cara-cara untuk urus PC kemasukan pelanggan. Kalau orang nak masuk camne, orang nak keluar klik apa, Kalau orang nak tukar PC wat camne, kalau orang nak beli air tin, air kotak , air mineral atau maggi camne, kena klik apa, semua dia ajar.

Sorang lagi Gordon Leong, dia ni akan ganti aku lepas aku keluar nanti. Dia ni graduan UTP bahagian Mekanikal Petroleum dan Gas, tapi tak dapat kerja di Petronas sebab pointer tak cukup yang Petronas nak. So, dia kerja di CC ni, gantikan aku nanti. Dia ni cukup peramah, Bahasa Melayu dia tak pelat langsung..Mungkin selalu bergaul dengan budak Melayu di UTP.

Ada lagi sorang yang aku cukup rapat sepanjang kerja di CC ni, iaitu Pak Guard, Uncle Maniam. Dia seorang India. Kalau aku kerja malam, dalam pukul 3-5 pagi, masa pelanggan tak ramai, aku akan keluar dari kaunter, borak-borak dengan Uncle Maniam ni. Macam-macam dia cerita kat aku. Tapi, malam tadi la yang paling best aku pernah borak dengan dia. Aku terjemahkan ke dalam dialog di bawah...

Aku: Uncle, saya mau duduk sini sekejap yer, boleh?? Boring la di dalam tu

Uncle: Boleh...boleh..

Aku: Uncle, uncle ni India Hindu ke Kristian??

Uncle: Mestila Hindu..Tak ramai India Kristian di Malaysia ni. India yang convert Kristian ni tak baik. Dia tak patuh Tuhan.

Aku: Itu, di Batu Caves, untuk Hindu kan??

Uncle: Ya..Ya..Yaa...Batu Caves tu tempat Hindu

Aku: Uncle pernah sampai kat puncak Batu Caves??

Uncle: Pernah...Uncle panjat tangga yang tinggi tu, sampai atas

Aku: Ada apa dalam tu, Uncle??

Uncle: Ada Tuhan kami je, nama dia Murugan.. Kamu nak tahu, pernah dulu ada 2 orang Mat Salleh, masuk gua Batu Caves tu, terus ke dalam, ada sungai, jalan-jalan kecil...Dan akhirnya keluar kat Siam..

Aku: Woww...Betul ke?? Macam mana boleh sampai Siam??

Uncle: Dalam gua tu ada jalan-jalan kecik, ada anak sungai, macam jalan bawah tanah..Kalau kita ikut susur dia sampai ke Siam.

Aku: Oooo...Saya baru tahu ni...Haa, uncle. Patung besar depan Batu Caves nama apa??

Uncle: Nama dia Murugan jugak, Sebab Batu Caves tu Murugan yang buka.

Aku: Betul ke Uncle, orang kata patung tu Ananda Krishna yang buat?? Bos Maxis tu??

Uncle: Yess...Dia la yang sumbangkan duit buat patung tu.

Aku: Oooo...OK (dalam hati aku: nasib baiklah aku tak pakai Maxis)

Uncle: Uncle pernah pergi India, lagi besar patung-patung di sana.

Aku: Uncle pergi buat apa kat India??

Uncle: Uncle pergi Sungai Ganges. Ramai kat sana. Orang nak cuci dosa. Kena cukur semua. Uncle cukur semua la, misai, rambut...(Uncle Maniam ni misai lebat dan panjang)

Aku: Ooo...Kiranya berendam dalam Sungai Ganges tu, dapat hapus dosa la yer??

Uncle: Yes..Kalau orang Islam pergi Mekah la. Orang India pergi Sungai Ganges. Uncle ni kiranya dah Haji la.

Aku: (ketawa)..Kiranya Uncle ni 'Haji' Maniam la??? (ketawa)

Uncle: (ketawa) Insha Allah..Uncle harap Allah Ta'ala terima haji Uncle ni...(ketawa)

Aku: Haa Uncle, mau tanya, yang cucuk masa Thaipusam tu apa?? Kenapa dia cucuk badan?? Tak sakit ke??

Uncle: Dia orang buat macam tu sebab mau minta hajat yang besar daripada Tuhan. Contohnya macam ada sorang nak ibunya sembuhnya dari penyakit. Dia tak ada ikhtiar lain dah, itu sahaja caranya. Dia ni macam kita korbankan sikit diri kita pada Tuhan, dengan pengorbanan tu, Tuhan akan makbulkan permintaan kita. Itu pasal la dia orang buat macam tu.

Aku: Tak sakit ke Uncle cucuk-cucuk tu??

Uncle: Tak sakit, sebab dia orang sudah sedia sebulan. Kalau nak cucuk-cucuk, kiat orang kena puasa selama sebulan, hanya boleh minum susu dan makan pisang dan putu. Pastu, tak boleh bersama perempuan walaupun dah kahwin dan tak boleh tidur atas tilam dan bantal, kena tidur atas lantai sahaja. Lepas sebulan buat tu semua baru boleh cucuk. Baru tak sakit. Lagi banyak dia cucuk, lagi banyak permintaan Tuhan akan makbulkan.

Aku: Oooo..gitu. Baru saya tahu apa pasal dia buat begitu. Uncle pernah cucuk??

Uncle: Pernah...Kat lidah jer (Sambil dia jelir dan tunjukkan tempat dicucuk)
Aku: So, Uncle dapat ke hajat Uncle tu??

Uncle: Ehhhh...Dapat la.. Sebab tu Uncle sanggup buat.

Aku: (ketawa jer).... Ok la Uncle. Saya masuk dulu. Ada orang...

Itulah cerita yang best. Sepanjang aku kenal Uncle Maniam ni, masa bercakap dengan aku, selalu dia sebut Allah, Insha Allah dan Alhamdulillah.

Masa jam aku hilang, aku cerita kat dia. Dia sebut, "Allah, kesian kamu" sambil tangan diletak atas kepala.

Ada sekali tu, aku tanya dia, balik pukul 8 pasni, Uncle nak buat apa. Dia jawab "Insha Allah nak pergi hantar cucu kat tadika, lepas tu makan, mandi, tidur"

AKu datang kerja dalam pukul 11.45, dia sudah ada, sebab dia start kerja pukul 8 malam lagi. Sampai jer kat pintu CC, dia tanya aku "How are you??" Aku jawab "Fine ajer..Uncle??" dia jawab "Alhamdulillah, Uncle sihat saja" Terkejut gak aku dia jawab gitu.

Ermmm...OK la, itulah sedikit pengalaman aku sepanjang aku kerja di CC ni selama sebulan seminggu. Harap perkongsian ini ada manfaat untuk korang semua. TQ

0 ngomelan:

.

Photobucket iluvislam