[+/-] |
Ish...ish...ish |
Tapi sebenarnya yang aku nak kongsikan di sini ialah benda lain dan ia berkaitan dengan menteri-menteri kita. Korang baca la di bawah ni yer...
"Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen Dan Keluarga Diraja"
Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen. Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan2005 .
Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:
Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18, 168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40
Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4, 112.79
So, contohnya macam Najib... dia adalah Perdana Menteri dan juga
Menteri Kewangan dan dia juga adalah MP, so monthly income dia ialah
RM22,826.65 + RM14, 907.20 + RM4,112.79 = RM41,843.64
(Yang ni tak masuk lagi elaun yang dia dapat bila jadi Presiden UMNO, pengerusi itu, pengerusi ini.. Ada laa dalam RM50,000 sebulan)
Elaun Agong, Sultan, Menteri dan sebagainya...Sila lihat berapa duit tax payers keluar bagi pada mereka ni
Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982)
Aku ada akta ni dalam pdf file. Tapi aku ringkas kan saja lah untuk info kita.
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.
1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)
So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.
Elaun untuk Permaisuri Agong ialah
1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).
Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.
Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM6 juta untuk
perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia.
Breakdown nya adalah seperti berikut
1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM5,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880
3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas - RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong
yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas
Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia
Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.
Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas
Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan,
macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat
tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.
Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong,
just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua
bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?
Pencen khas untuk balu Agong
Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).
So, ini lah yang Siti Aishah dapat.
1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000. Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)
Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah
peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan
Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun
lebih kurang sama juga amount nya.
1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah
sebanyak RM68,080.
Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah
1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.
Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.
Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600
Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.
Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga.
Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and
kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.
Berapa ramai kerabat? Bayang kan berapa Malaysia habis kan duit untuk mereka semua ni.. Kalaulah duit ni dikurangkan sikit sahaja, dan beri kepada bidang pendidikan seperti beri biasiswa kepada semua pelajar universiti, baiki rumah orang miskin, yuran percuma kepada semua pelajar sekolah, aku rasa boleh jer. Lepas tu kalau dikurangkan rasuah-rasuah yang berleluasa dalam kerajaan sekarang, makinlah boleh. Malaysia ni negara kaya, tapi kerajaan tak pandai urus duit. Suka membazir kepada benda-benda lain. Jadi, korang fikirlah sendiri yer...Just info for all
[+/-] |
Jom Heboh |
Hujung minggu ni diadakan Jom Heboh di Lumut, Perak. Program Jom Heboh ni bagus pada asalnya, sebab ia mempunyai gerai-gerai jualan, pameran dan macam-macam lagi. Tapi, yang tak sedapnya, pada waktu malam diadakan konsert nyanyian dengan tidak menutup aurat, campur laki perempuan. Ish3...Entahlah, kita rakyat biasa tak mampu buat apa-apa. Kita benci dalam hati je la. Huhuhu...
Sebenarnya aku nak kongsi gambar yang menarik tentang Jom Heboh ni. Hehe..Sajer nak kongsi, sebab macam menarik jer..
[+/-] |
Madinah al-Munawwarah, aku merinduimu |
Aku teringatkan kenangan manis di Msjid Nabawi, Madinah al-Munawwarah. Sungguh tenang dan damai ketika di sana. Aku sempat 8 kali bersolat di dalam taman dari taman-taman syurga iaitu Raudhah. Aku sempat baca Quran betul-betul di depan Mihrab Nabi. Aku sangat rindukan suasana seperti itu. Aku berharap sangat untuk pergi lagi, mungkin selepas aku kahwin nanti kot. Insya Allah.. Ni dua gambar kenangan aku di sana. Ada banyak lagi, aku upload yang ni je la dulu.
Satu hari, kat bilik aku di UIA, aku duk layan gambar-gambar umrah. Pastu aku terasa macam nak buka internet, nak search tentang madinah. Search punya search, aku terjumpa video lagu Madinatun Nabi daripada kumpulan Aashiq Ar-Rasul, kumpulan nasyid UK. Bila dengar best pulak lagu ni. Aku search lirik dia sebab tak puas hati, tak paham apa yang dia kata. Memang best.... Try la dengar dan hayati lirik dia. Ni video dia, dan kat bawah tu lirik dia.
Madinah-tun-Nabi
Chorus
Madinah Madinah
Madinah Madinah
Madinah Madinah
Madinah Madinah
The city of the Prophet where we all like to be
Madinah-tun-Nabi
Chorus
The city that’s bright
Where you’ll become light
Of all worries and burdens
When you set sight your heart will delight
At the wonders of Madinah
Madinah-tun-Nabi
The city so sweet, Madinah-tun-Nabi
My heart is at ease, Madinah-tun-Nabi
Chorus
The city, the people, the street, the markets, the dwellings, everything
Dawn and dusk, morning and night, sunset, every moment
Everything is peace
In Madinah-tun-Nabi
My heart is at ease
In Madinah-tun-Nabi
Chorus
The city of love, Madinah-tun-Nabi
The city from above, Madinah-tun-Nabi
Rejoice every one, Madinah-tun-Nabi
Chorus
[+/-] |
Petua Semua |
Nah, macam-macam petua orang tua ada. Jenguk-jenguk la. Manalah tahu sesuai dengan penyakit korang. Download sendiri la yer...KLIK SINI
[+/-] |
Wireless Mohd Hamdan |
Minggu lepas, sebelum aku pulang ke rumah, aku pergi ke Plaza Low Yatt untuk beli grafik kad dan RAM untuk Nazri serta aku beli wireless router dan kabel LAN untuk rumah aku. Aku gunakan duit aku untuk kemudahan di rumah aku. Lepas balik rumah, aku pasang wireless di rumah aku menggunakan line streamyx yang sudah ada. Aku letakkannya di atas almari supaya bilik-bilik di tingkat atas termasuk bilik aku dapat mencapai signal wireless tersebut. Fuhh, 3 jam jugak aku habiskan masa untuk pasang router. Jadi, sekarang, dalam rumah aku ada wireless. Family aku boleh guna internet di mana-mana sahaja dalam rumah ini, tak semstinya di kompter utama. Abi dan umi boleh guna laptop dalam bilik untuk surf internet. Aku dan adik aku pun boleh guna dalam bilik di tingkat atas. Kalau Ayah Su datang ke rumah aku pun boleh guna wireless itu. Aku pasang password supaya lebih selamat. Haaa...Ni signal wireless dari dalam bilik aku di tingkat atas..
[+/-] |
Kepenatan berbaloi |
Penat sungguh aku hari ini. Pagi tadi dari rumah Mak di Kampung Lak Lok terus ke rumah Tok Wan, malam semalam tdur di rumahnya kerana Mak takut tidur seorang diri selepas pemergian Che'... Balik rumah...Kemudian petang ini pergi ambil Husni di Maahad dia di Pasir Mas. Jem teruk di Tanah Merah...Dalam perjalanan balik, aku hampir eksiden sebanyak dua kali. Alhamdulillah tak ada apa-apa...Malam ini pergi rumah Mak pula, tidur di sana lagi. Walaupun penat, tapi aku seronok kerana dapat membantu keluargaku. Ketika aku cuti inilah aku dapat tolong keluarga aku sebanyak mungkin.... Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan jadikan aku anak yang soleh. Amiin...
[+/-] |
Salam pem'blog'an |
Assalamualaikum...Ini adalah post pertama aku di dunia blog. Sudah lama aku pandai blog, tapi aku tak ada masa untuk berblog. So, untuk kali ini, aku bertekad untuk mempunyai blog juga dan nama blog yang aku pilih ialah ibnu-hamdan.blogspot.com. Insya Allah aku akan update dari semasa ke semasa dan akan berkongsi perjalanan hidupku bermula hari ini iaitu 21 April 2009 sehinggalah akhir hayat. Bak kata mat saleh, Sharing is Caring. Semoga post-post aku nanti dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran dan teladan untuk kita semua terutama tuan punya blog ini. Salam mahabbah untuk semua... :-)