Sambungan dari part 1...
Tiket flight pukul 1.40 petang, tapi sekarang dah pukul 1.50, flight tak sampai-sampai lagi. Yang ada kat tempat parking tu flight ke Phuket dan ke Melbourne jer. Flight ke Kota Bharu takde lagi. Lambat betul la air asia ni. Dah 10 minit delay ni. Last-last dalam pukul 2 baru dia panggil beratur cek tiket.. Belum berlepas, flight bukannya boleh terbang terus, dia pusing-pusing dulu. Dalam 2.15 jugak barulah naik tayar.. Aku tak sabar-sabar nak sampai rumah, nak tengok Che' untuk kali terakhir. Aku tidur je dalam flight. Nak tengok luar pun panas. Nampak awan jer. Takde benda menarik pun kat atas awan sana. Putih jer. Dalam pukul 3.10, flight mendarat di Pengkalan Chepa. Sampai-sampai jer, Abang Long, sepupu aku, suami Kak Dani dah tunggu dengan Mercedez. Fuhh...Rasa cam wakil rakyat plak. Koya betul aku ni... Abang Long nak bawak laju, tapi duk asyik ikut belakang lori jer, lambat la sampai rumah Mak.
Dalam pukul 4, aku sampai di rumah Mak. Penuh orang. Ramai... Aku turun jer kereta adik-adik dan sepupu-sepup aku yang kecik-kecik datang kat aku. Aku tak layan sangat sebab aku nak tengok Che'. Aku terus naik atas rumah. Segan gak aku, ramai sangat orang atas rumah. Aku naik gi salam ngan Abi, Umi, Mak.. Mak cium aku, sambil nangis. Abi ajak aku perhi bilik belakang, Che' tengan dimandi. Hilmi dan 2 orang sepupu aku riba Che', Pak Cik Mansir cucur air. Sayu sekali hati aku, tengok Che' terpaku tak bernafas. Aku tunggu di luar, Che' diangkat untuk di kafankan. Aku pun tolong gak Pak Cik Mansor masa kafan Che', tapi aku tak tahan. Aku bangun masuk bilik, menangis. Aku rasa tak caya lagi yang Che' dah takde. Tok Su datang peluk aku, tenangkan aku. Pastu Umi pun masuk, tenangkan abang. Semua menangis... Ya Allah, tabahkan hati ku. Aku nak keluar, nak tolong kafankan Che' jugak.. Aku keluar, duk sebelah Che'. Seluruh badan Che' dah dikafankan, tinggal kepala jer. Semua ahli keluarga diberi peluang untuk cium Che' buat kali terakhir. Aku yang start dulu, diikuti orang lain.. Bila dah habis semua, Pak Cik Mansor mintak aku pakaikan kopiah atas kepala Che'. Pastu Abi pakaikan serban. Muka Che' tak ubah seperti biasa, dia biasa pergi surau pakai serban.. Last sekali, muka Che' ditutup dengan kapas dan dibungkus dengan kafan. Pastu Che' dimasukkan dalam keranda untuk di sembahyangkan di surau. Che' pernah berpesan sebelum dia mati "Kalau Che' mati, sembahyangkan Che' di surau". Surau tu memang orang panggil surau Che', balaisah Pak Lah..
Aku solat Asar dan Jamak Ta'khir Zohor dulu, lepas tu baru aku gi surau.. Masha Allah, ramai sungguh datang untuk sembahyangkan Che'. Budak-budak pondok At-Taqwa pun datang. Che' adalah salah seorang AJK pondok. Pimpinan tertinggi PAS Besut semua datang. Ust Nik Zawawi, Haji Hassan Saleh, Ayah Ed, Ustaz Shukri dan ramai lagi. Jemaah surau kat rumah aku pun datang. Haji Umar, Pak Cik Kadir, Cikgu Saari dan lain-lain. Ayah Su dan Ayah Cik pun ada. Semua yang aku kenal tanya aku, bila balik. Aku bagi tahu baru sampai jer, naik flight pukul 2. Start sembahyang pukul 4.45. Penuh surau. Walaupun sudah bukak tabir perempuan, masih lagi tak muat nak tampung jemaah yang datang. Ada yang terpaksa solat di luar. Semoga dengan ramainya jemaah bersolat ke atas Che', semua dosa Che' Allah ampunkan. Amiinn...
Lepas solat, Che' diusung ke kubur dengan jalan kaki. Masa Che' ada, dia pernah berpesan, "Kalau Che' mati, usung Che' dengan jalan kaki dari surau ke kubur di Bukit Yong. Che' tak nak naik lori atau van." Aku pun nak usung, tapi Abi suruh aku gi dengan kereta, sebab nanti nak bawak balik orang yang usung Che'.
Sampai di kubur, orang dah penuh. Lahad dah pun digali. Abi dan Abang Iji turun dalam lubang untuk sambut Che'. Perlukan seorang lagi. Aku mintak dengan Abi nak turun jugak, Abi bagi. Aku jadi orang pertama untuk sambut jenazah Che' masuk dalam liang. Aku rasa tak sanggup nak masukkan Che' dalam liang lahad, tapi aku terpaksa relakan juga. Kami mula kambus dengan tanah. Semakin tinggi tanah, semakin dalam Che' berada di bawah. Aku sebak masa kambus jenazah Che' dengan tanah-tanah yang digumpal. Tanah-tanah yang digumpal tadi aku letakkan di bahagian sendi Che' supaya kedudukan Che' dalam liang lahad tetap dan tidak longgar.
Setelah selesai semuanya, Tok Imam Haji Wel bacakan talkin. Semua dah balik kecuali keluarga aku dan beberapa orang. Habis jer talkin, kami siram kubur Che'. Selamat tinggal Che'. Kami, cucu-cucu Che' tidak akan lupakan Che' selama-lamanya. Selagi hayat kami, kami akan ziarah pusara Che' dan hadiahkan pahala untuk Che'...
"Ya Allah, tempatkanlah Che' aku ini bersama para Nabi, orang yang benar dan mati syahid, dan orang-orang yang soleh"
"Ya Allah, jadikanlah kubur Che' aku ini salah satu taman daripada taman-taman syurga dan janganlah engkau jadikan kuburnya sebagai salah satu jurang daripada jurang-jurang neraka"
Malam tu aku terus naik bas ke KL, esoknya aku ada exam UNGS.. Tak sampai Machang lagi aku dah tidur. Sangat penat...
9 APRIL 2009:
Aku terlepas stesen Greenwood. Nasib baik aku tersedar kat depan Balai Polis Gombak. AKu terus turun dan ambik teksi. Sampai bilik, aku baca sikit subjek yang nak exam pukul 9 nanti, pastu aku sambung tidur. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan tenang exam tu.
"WE MISS U, CHE'...FOREVER"
[+/-] |
Aku terkenangkan dia...(part 2) |
[+/-] |
Selamat kembali |
Assalamualaikum...lama betul aku tak update..sampaikan ada kawan2 aku tanya apasal lama tak update. Aku masih lagi kerja sekarang. Aku menyepi jap sebab aku tengah siapkan 2 website perniagaan aku. Nanti bila siap, aku bagitahu la kat sini...yang 2 website tu dah siap dalam 80%. pastu aku ada baru nak start 1 website lagi. baru siap header dan footer dia jer. Pastu dalam perancangan, duk tengah research lagi tentang produk tu sama ada orang perlukan tak. Doa-doakanlah biar aku berjaya siapkan semua website aku tu. Di samping tu, aku ada jugak tengah belajar affiliates marketing. Aku baca ebook, masuk forum, tanya orang... Harap-harap usaha aku berbaloi dan dapat apa yang aku nak kan....Chow dulu, nak buat assignment
[+/-] |
Aku terkenangkan dia....(part 1) |
Hari ni, 14 Mei 2009, genaplah 44 hari datuk kesayanganku, ayah kepada abi aku, yang aku panggil Che' meninggalkan aku dan seluruh keluarga, pergi mengadap Rabbul Jalil... Che' meninggal dunia pada 8 April 2009 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1430.
7 April 2009:
Sepanjang hari aku duk study subjek Electromechanical System, sebab aku exam subjek tu pada 10 April. Aku dah susun jadual study aku, esok aku nak study subjek agama atau nama dia UNGS yang aku examnya pada 9 April, 9.00 pagi. Malam tu aku online start Maghrib sebab nak ikuti keputusan pilihanraya kecil DUN Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Aku harap sangat masa tu, Menteri Besar Perak 'yang sah' iaitu Dato' Seri Nizar memenangi pilihanraya Bukit Gantang dan PKR menang di Bukit Selambau. Dalam jam 10 malam, dapat keputusan penuh iaitu kedua-dua tempat tersebut dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Aku pun sambung study macam biasa la. Masa tu aku hajat nak call Che', saja2 nak kongsi kegembiraan Dato' Seri Nizar menang di Bukit Gantang, tapi aku x call sebab duk ralit study. Malam tu aku tdo dalam pukul 12.30.
8 April 2009:
Aku tidur dengan nyenyak sebab pagi esok aku nak study subjek agama pulak. Dalam pukul 2.30 aku tersedar ada orang miss call aku. Dah ada 3 miss call, tapi aku takde nombornya. Aku tak layan la. Ngantuk sangat. Dalam pukul 4 pagi, aku tersedar lagi, Abi aku call. Aku pun jawab dengan mamai(kemamal), abi tanya aku,"tido lagi ke??" aku terkejut..Aku terfikir... aik, dah subuh ke?? aku terlewat bangun ke?? aku tengok jam, baru pukul 4 pagi. Aku pun jawab la, "ermmm, tido lagi..Bakpo bi??" Abi pun bagitahu, "Abi nok royak ni, Che' tak dok doh"...Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji'uun....Terkejut aku, aku terus bingkas bangun duduk atas atas katil. Abi bagi tahu Che' meninggal dalam pukul 1.30 pagi. Abi bagitahu Che' meninggal tengah tido.
Malam tu Che' tido lewat sebab tunggu keputusan pilihanraya sekali dengan ulasannya di TV. Che' tido dengan perasaan seronok sebab PAS menang di Bukit Gantang. Che' tido dengan menghadap kiblat dengan tangan sudah diqiyamkan di dada, seolah-olah Che' sudah tahu bahawa malam itu Malikil Maut datang menjemputnya pulang. Aku sebak, tapi masih lagi boleh bercakap. Abi bagitahu lagi, Che' telah pun sembuh dari demam. Sebelum ni Che' demam berminggu-minggu. Masa aku balik rumah sebelum ni, aku bawa Che' ke klinik MIR. Abi bagi tahu, Che' dah segar dah, dah pergi pelagat tengok bunga durian di kebun Abi, gi tarik lembu, n petang semalam Che' pergi kat pintu gerbang sempadan tengok accident maut. Memang Che' dah sembuh dan makan seperti baisa. Masa Che' sakit, makan pun tak nak, pergi ke surau dia depan rumah pun tak larat. Last sekali Abi bagitahu aku, Hafiz tak payah balik la, esok kan nak exam. Doa2 je la kat Che'. AKu pun OK jer dan letak telefon. Masa tu dalam pukul 4.15 pag. Aku tak boleh tido, aku teringat kat Che'. Aku rasa macam tak caya Che' dah pergi. Tapi aku tabahkan hati untuk mengakuinya...
Aku terasa macam nak balik. Dalam pukul 5.30 pagi, aku call abi, bagi tahu nak balik, dan abi bagitahu Che' akan desembahyangkan lepas Asar. Aku terus bukak laptop dan buka website airasia.com. Aku bertekad nak balik juga walaupun dengan flight sebab kalau balik dengan bas takut tak sempat. Bila aku buka, ada la tiket LCCT-Kota Bharu pukul 1.40 ptg, harga RM141. Tapi aku tak boleh beli sebab takde kad kredit. Aku tunggu sampai Subuh dengan tak buat apa-apa.
Lepas Subuh dalam pukul 7.30, aku bagitahu kat Abi, aku nak balik jugak, dengan flight. Nak mintak Pak Usu belikan guna kad kredit dia.. Abi setuju. Aku pun kol Pak Usu bagitahu hajat aku, dan Pak Usu kata okey. Lepas 10 minit, Pak Usu call balik, bagitahu yang transaksinya tak boleh buat atas sebab-sebab tertentu. Aku call abi semula, abi bagitahu orang dah penuh di rumah Che'. Aku boleh dengar melalui telefon suara orang baca Quran, suara bising. Aku tetap nak balik jugak. Abi kata, abi akan bagitahu Kak Dani, iaitu isteri abang Long, sepupu aku. Kak Dani tu kerja di KLCC, dia dah biasa naik Air Asia ni. Aku pun contact Kak Dani, suruh dia belikan aku dan sepupu aku, Kak Yu, tiket Air Asia jugak. Semuanya berjalan lancar. Dalam pukul 9 pagi, Kak Dani call aku, bagitahu yang dia dah beli tiket Air Asia, pukul 1.40 dari LCCT ke Kota Bharu. Aku menarik nafas lega. Harga tiketnya RM141.30. Aku tak kisah harganya berapa, asalkan boleh balik. Aku nak jugak tatap wajah Che' buat kali terakhir.
Bersambung ke Part 2 nanti...................
[+/-] |
Pencuci Monitor...Najis... |
Aku nak bagi korang pencuci monitor terhebat, tapi dia ni najis. korang kena basuh... Pastikan dalam komputer korang ada Microsoft Excel...Try la tengok kat sini... Enjoy...
[+/-] |
Rahsia nombor 11 |
Satu hari, aku ada terbuka satu video yang menarik perhatian aku. Aku nak share ngan korang semu, tapi aku transfer dalam bentuk teks…. Anda pasti teruja
RAHSIA DI SEBALIK NOMBOR 11
Pertama
- ‘New York City’ mempunyai 11 huruf
- ‘Afghanistan’ mempunyai 11 huruf
- ‘Ramsin Yuseb’ mempunyai 11 huruf (seorang pengganas yang dikatakan kononnya pernah mengancam US untuk menghancurkan WTC Twin Towers)
- ‘Goerge W Bush’ mempunyai 11 huruf
Yang ini nampak macam kebetulan juga, tapi agak menarik…
- New York adalah negeri ke-11 dalam USA
- Kapal terbang pertama yang merempuh Twin Towers adalah kapal terbang nombor 11
- Kapal terbang pertama tersebut mempunyai 92 penumpang. Maka, 9+2=11
- Kapal terbang kedua yang merempuh Twin Towers adalah kapal terbang nombor 77 yang mana berlaku selepas 7 saat kapal terbang pertama merempuh. Maka, 77/7=11
- Kapal terbang kedua tersebut mempunyai 65 penumpang. Maka, 6+5=11
- Tragedi tersebut berlaku pada 11 September, ataupun 119. Maka seperti mana yang kita tahu, 9+1+1=11
- Tarikh tersebut sama dengan servis kecemasan USA, Rescue 911.
Masih lagi nampak macam kebetulan kan?? Try check yang ini pulak…
- Jumlah semua mangsa yang terlibat dalam tragedy tersebut ialah 254 orang. Maka, 2+5+4=11
- 11 September adalah hari yang ke-254 dalam setahun kalendar. Maka, 2+5+4=11
- Peristiwa bom yang besar yang berlaku di Madrid selepas daripada New York ialah pada 3/11/2004. Maka, 3+1+1+2+0+0+4=11
- Tragedi di Madrid tersebut berlaku 911 hari selepas tragedy di New York
Yang ini mungkin kebetulan dengan ayat Quran. Sebagai mana yang kita tahu, tragedi tersebut berlaku pada 9/11, dan Twin Towers tersebut mempunyai 109 dan 110 tingkat. Cuba check Surah ke-9, Juzuk ke-11 dan ayat ke-109 dan 110, apa Allah beritahu??
(110) Bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi penyebab keraguan dalam hati mereka, sampai hati mereka hancur. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Akhir sekali, try korang buat sendiri yang ini, pasti bulu roma korang tegak.. Agak mengejutkan jugak…Ikut lankah-langkah berikut.
- Buka Microsoft Word- Taip Q33 NY, iaitu no plat kapal terbang pertama yang merempuh Twin Towers.
- Highlightkannya dan tukar ke font size 48
- Tukarkan font (jenis tulisan) ke Wingdings yang bermaksud ‘sayap yang berbunyi seperti loceng’
Tengok, apa yang keluar……
Apa maksud dia agaknya?? Bukankah maksudnya ialah “Tragedi ini adalah angkara Yahudi”……….???? Renung-renungkanlah…..
[+/-] |
Best woo... |
9/5/2009
Forum "Pencabulan Undang-Undang"
Ahli Panel:
- Tn. Hj. Mat Sabu, Naib Presiden PAS
- Prof. Dr. Abd Aziz Bari, Pensyarah Undang-undang UIAM
- Sdr. Mustafa Kamil, Naib Presiden PKR
- Sdr. Ragunath Kesavan, Presiden Majlis Peguam
Moderator: Dr. Zulkifly Ahmad
Tempat: Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar
Aku pergi ke majlis tu. Penuh dewan Taman Melewar. Semua ahli panel beri pendapat yang bernas dan tuntas. Yang agak mengejutkan, secara terbuka dan lantang, Prof. Dr. Abd Aziz Bari dan Sdr. Ragunath Kesavan memberi kesimpulan last sekali yang mereka yakin Pakatan Rakyat akan dapat memerintah Malaysia pada PRU-13 nanti. Mereka benar-benar mahu Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Memang berani... Prof. Dr. Abd Aziz langsung tak takut kalau UIA nak buang dia daripada jadi lecturer Law. Fuhh, aku kagum dengan mereka ni. Berani kerana benar, takut kerana salah.
11/5/2009
Ceramah Perdana Isu DUN Perak
Penceramah:
- YB Mahfuz Omar
- YB Salahuddin Ayub
- Peguam Hanifa Maidin
- YB Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
- YB. Gobalakrishnan
Tempat: Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar
Aku pergi awal sikit sebab aku rasa orang ramai. Pada asalnya, penceramah utama ialah YAB Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan YB V. Sivakumar, tapi pada petang tu, mahkamah telah mengesahkan bahawa Dato' Seri Nizar masih lagi MB Perak yang sah, mereka berdua terpaksa balik ke Perak serta merta untuk adakan mesyuarat. Boleh baca beritanya di sini. Memang betul sangkaan aku, ramai giler orang malam tu. Kerusi di dalam dah penuh. Aku terpaksa duduk di depan sekali, duduk atas lantai. Aku keluar kejap, jumpa kerusi, aku ambik masuk dan duduk di depan sekali. Memang penuh orang. Ramai sangat-sangat. Jalan di Greenwood jem. Di luar dewan, penuh orang duduk atas tanah, sehinggakan pihak urusetia terpaksa buka skrin besar di luar. Semua penceramah menyentu soal sidang DUN Perak 7 Mei dan keputusan mahkamah yang berpihak kepada Nizar. Begitu gegak gempita dewan dengan sorakan, tepukan dan laungan takbir.. Orang ramai sangat sampai ada yang terpaksa duduk di atas lantai pentas, duduk di belakang penceramah. Aku anggarkan ada la dalam 10 ribu orang.
AKAN DATANG!!!
16/5/2009
Ceramah Perdana Kerajaan Perak
Penceramah:
- YAB Dato' Seri Nizar Jamaluddin
- YB V. Sivakumar
- YB. Ust Nasaruddin Mat Isa
- YB. Dato' Dr. Hasan Ali
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam
Aku memang nak pergi nanti. Tak kisahlah, tumpang orang ke, dengan motor sendiri ke. AKu memang nak pergi. Aku wajibkan ke atas diri aku untuk pergi, kecuali masalah yang tak dapat dielakkan.
"Mereka merancang, Allah pun merancang. Tapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan"
[+/-] |
Lama betul tak update..Huhuhu |
wah..lama betul rasanya tak update. sebenarnya aku baru masuk short semester. Aku hanya dapat add satu subjek. Semua subjek lain dah penuh. Jadula kelas aku hari Isnin, Rabu dan Khamis sahaja. 4 hari cuti. So, supaya aku tak terlalu boring, aku cari kerja kat Taman Melati. Cari punya cari, aku dapat satu kerja di cyber cafe di Taman Melati, nama MU Internet Cafe. Di bagi aku RM4.50 sejam. Semalam aku start keje.. Masa aku tulis ni pun aku kat tempat keje. Stakat aku keje 2 hari dah, kira okey la. Aku seronok. Tak penat sangat. Duk dalam ekon, boleh guna komputer admin. Nak surf internet, nak wat keje, nak tengok movie, nak main game, semua boleh. Movie yang boss CC ni download banyak giler, tak terlayan rasanya sepanjang aku kerja ni.. Mungkin sem-sem seterusnya aku terus kerja di sini, tapi ambik hujung minggu jer. At least, ada income masuk. hehehe...