Barber vs Muslim Customer

| |


Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting rambut itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak mengenai banyak perkara. Tetapi, apabila mereka mula berbicara mengenai Allah, tukang gunting itu pun berkata,“ Saya tak percaya Allah itu wujud”.

“Kenapa kamu kata begitu?” Tanya si pemuda itu tadi.

“Cuba kamu keluar di tengah jalan tu dan tunjukkan pada saya yang Allah itu wujud. Kalau betul Allah itu wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni bukan? Saya tak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku..”

Si pemuda itu pun berfikir sejenak. Tetapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas si tukang gunting rambut itu menghabiskan tugasnya si pemuda itu pun pergi. Selepas beberapa langkah, pemuda tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor, dengan janggut yang tidak terurus. Si pemuda itu pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, “Kamu tahu tak yang sebenarnya tukang gunting rambut juga tidak wujud?”

“Kenapa kamu kata macam tu sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi?!” kata si tukang gunting rambut.

“Tidak!'' kata si pemuda. “Kalau benar tukang gunting rambut wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang, tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan tu.”

“Ah! Tukang gunting rambut memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya!” kata si tukang gunting rambut.

“Tepat sekali” kata si pemuda. “That’s the point! Allah juga wujud. Itulah yang terjadi (keperitan dan penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali kepadaNya untuk memohon pertolongan”.

0 ngomelan:

.

Photobucket iluvislam