[+/-] |
Hikmah solat pada waktunya dari sudut sains |
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ... Wallahu a'lam
[+/-] |
|
Pada Rabu minggu depan ( 16/12/2009) akan diadakan konsert Nazrey Johani 'Tour de Tahfiz' di dewan konvo UIA (CAC).. Meh la ramai-ramai... Tiketnya hanya RM5 dan RM7 seorang.. Kita berhibur dengan hiburan Islam sambil menderma.. Kalau berhibur dengan artis yang lagha2 sambil menderma tak jadi apa. Baik macam ni... Kan?? Jom ramai-ramai, kita penuhkan CAC.. Aku dah beli dah tiket dia... Aku tak pernah miss satu pun konsert nasyid kat UIA...hihihi.. Contact nombor yang ada dalam poster di bawah ni...Ini blog rasminya: http://nazreytahfizsyahadah.blogspot.com/2009/12/konsert-tour-de-tahfiz-ku-yg-sulong.html
[+/-] |
A Very Interesting Coincidence !! |
Aku dapat email daripada sahabat baik aku. Lecturer dia yang forward kat dia dan dia pun send kat aku. Aku nak share ngan semua pembaca blog aku ni, walaupun aku takde pembaca tetap..huhu.. Ceritanya lebih kurang post aku yang dulu yang berkaitan 11 September.. Tapi bagi aku yang ni lagi menarik..
Have a history teacher explain this, if they can.
Abraham Lincoln was elected to Congress in 1846.
John F. Kennedy was elected to Congress in 1946.
Abraham Lincoln was elected President in 1860.
John F. Kennedy was elected President in 1960.
Both were particularly concerned with civil rights.
Both wives lost their children while living in the White House.
Both Presidents were shot on a Friday.
Both Presidents were shot in the head
Now it gets really weird.
Lincoln 's secretary was named Kennedy.
Kennedy's Secretary was named Lincoln .
Both were assassinated by Southerners.
Both were succeeded by Southerners named Johnson.
Andrew Johnson, who succeeded Lincoln, was born in 1808.
Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in 1908.
John Wilkes Booth, who assassinated Lincoln, was born in 1839.
Lee Harvey Oswald, who assassinated Kennedy, was born in 1939.
Both assassins were known by their three names.
Both names are composed of fifteen letters.
Now hang on to your seat.
Lincoln was shot at the theater named 'Ford'.
Kennedy was shot in a car called ' Lincoln ' made by 'Ford'.
Lincoln was shot in a theater and his assassin ran and hid in a warehouse.
Kennedy was shot from a warehouse and his assassin ran and hid in a theater.
Booth and Oswald were assassinated before their trials.
WHO FIGURED THIS OUT?? INCREDIBLE
1) Fold a new $20 bill in half...
2) Fold again, taking care to fold it exactly as below
3) Fold the other end, exactly as before
4) Now, simply turn it over...
What a coincidence! A simple geometric fold creates a catastrophic premonition printed on all $20 bills!!!
COINCIDENCE??........YOU DECIDE
As if that wasn't enough...
Here is what you've seen...
Firstly The Pentagon on fire...
Then The Twin Towers on fire
ALL OF THESE ARE COINCIDENCE ON A SIMPLE $20 BILL
It gets even better 9 + 11 = $20
Creepy huh? Share this to as many people as you can, cause:
Hey, this is one history lesson most people probably will
Not mind reading!
[+/-] |
Cantik tak header baru kat atas tu??? |
Aku baru letak header baru untuk blog aku ni.. Saja jer, suka-suka...Gambar tu diambil oleh adik aku Hilmi masa aku tengah tidur dalam kereta api. Masa tu aku dan dia dalam perjalanan balik dari Bangkok. Naik kereta api Bangkok - Sg. Golok...22 jam duk dalam tu.. Nasib baik kitorang ambik seat katil..Masa ambik gambar tu dah pagi. Dalam kawasan Narathiwat atau Yala rasanya. Ni gambar asalnya. hehehe...Nasib baik la tak meleleh air liur basi masa tu..hihi... =)
[+/-] |
Barber vs Muslim Customer |
Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting rambut itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak mengenai banyak perkara. Tetapi, apabila mereka mula berbicara mengenai Allah, tukang gunting itu pun berkata,“ Saya tak percaya Allah itu wujud”.
“Kenapa kamu kata begitu?” Tanya si pemuda itu tadi.
“Cuba kamu keluar di tengah jalan tu dan tunjukkan pada saya yang Allah itu wujud. Kalau betul Allah itu wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni bukan? Saya tak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku..”
Si pemuda itu pun berfikir sejenak. Tetapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas si tukang gunting rambut itu menghabiskan tugasnya si pemuda itu pun pergi. Selepas beberapa langkah, pemuda tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor, dengan janggut yang tidak terurus. Si pemuda itu pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, “Kamu tahu tak yang sebenarnya tukang gunting rambut juga tidak wujud?”
“Kenapa kamu kata macam tu sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi?!” kata si tukang gunting rambut.
“Tidak!'' kata si pemuda. “Kalau benar tukang gunting rambut wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang, tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan tu.”
“Ah! Tukang gunting rambut memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya!” kata si tukang gunting rambut.
“Tepat sekali” kata si pemuda. “That’s the point! Allah juga wujud. Itulah yang terjadi (keperitan dan penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali kepadaNya untuk memohon pertolongan”.
[+/-] |
Blog aku berubah wajah |
Tadi aku jumpa template yang aku guna ni.. Cantik dan smart. Jadi, mulai hari ni, blog aku berubah wajah..Nampak lebih smart dan bergaya. hehehehe
[+/-] |
Lama betul tak update...huhu |